fbpx

Penganggur bawa 18,000 biji pil kuda dicekup ketika tunggu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (tengah) menunjukkan wang tunai dan pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang penganggur tidak sempat mengedar sebanyak 18,000 biji pil kuda apabila dia dicekup semasa sedang menunggu pelanggannya di belakang sebuah sekolah di Kampung Kota Jembal di sini kelmarin.

Suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.30 malam semasa sedang duduk di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15Z.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, anggota polis terpaksa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri semasa serbuan dijalankan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas motosikal yang ditunggang suspek kemudian menjumpai tiga bungkusan kertas mengandungi 18,000 bil pil kuda.

“Selain itu, kita turut menemui wang tunai sebanyak RM1,500 yang dipercayai hasil jualan pil kuda.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang berasal dari Tawang, Bachok mempunyai enam rekod lampau berkait kes dadah dan satu kes jenayah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, suspek dipercayai baru bergiat aktif sebagai pengedar dadah sejak Ogos lalu dan polis masih menyiasat sama ada lelaki itu mempunyai kaitan dengan sindiket dadah.

Menurutnya, ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati suspek positif dadah jenis benzo.

“Siasatan awal mendapati, kesemua pil kuda dengan anggaran berat 2.2 kilogram boleh dibekalkan kepada seramai 18,000 penagih sekiranya ia terlepas ke pasaran.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah dan pil kuda dianggarkan bernilai RM174,500,” ujarnya.

Tambah Mohd. Yusoff, suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI