fbpx

Dua bekas banduan dicekup terlibat 20 kes pecah kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (dua dari kiri) menunjukkan rokok-rokok hasil rompakan kedai serbaneka yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Dua bekas banduan bagaikan tidak serik apabila mereka sekali lagi dicekup di sebuah rumah di Kampung Baung, Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat lalu selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan merompak sebanyak 20 kedai serbaneka di empat buah daerah.

Kedua-dua lelaki berusia 33 dan 34 tahun yang baru bebas dari penjara pada April lalu ditahan semasa anggota polis menyerbu rumah tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek itu terlibat dengan kegiatan merompak 20 buah kedai serbaneka di Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Jeli.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah dengan menggunakan gas oxy-acetylene yang kebiasaannya digunakan dalam industri berat atau di bengkel untuk memecah pintu premis sebelum mereka mencari peti besi untuk mengambil wang tunai.

“Mereka dipercayai menggunakan hasil rompakan itu membeli dadah jenis syabu memandangkan kedua-dua suspek terlibat positif dadah methamphetamine.

“Siasatan awal mendapati, mereka menaiki sebuah kereta dengan membawa gas oxy-acetylene sebelum memecah kedai-kedai tersebut. Selain itu, kita turut merampas pelbagai barangan seperti gergaji elektrik, mesin penyembur air, rokok dan wang tunai dengan nilai keseluruhan kerugian mencecah RM100,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, suspek berusia 33 itu mempunyai empat rekod lampau termasuk tiga kes dadah manakala seorang lagi yang baru keluar dari penjara pada April lalu pula memiliki 11 rekod dengan tujuh daripadanya kes dadah.

Menurutnya, seorang lagi suspek iaitu Muhammad Amir Izuddin Mohd. Izani, 26, dipercayai ketua kumpulan tersebut yang turut mempunyai rekod jenayah masih bebas dan ketika ini sedang diburu polis.

“Kita percaya penahanan kedua-dua suspek ini berjaya menyelesaikan sebanyak 20 kes rompakan kedai serbaneka di empat buah daerah,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI