fbpx

Pekerja pusat urut cabul wanita ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOK BENG YEOW

KULAI – Seorang lelaki ditahan polis kerana dipercayai mencabul seorang wanita di sebuah premis pusat rawatan urutan bahagian belakang badan di bandar ini, dalam satu kejadian, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 1.15 petang, semalam.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 22 tahun ketika itu berkunjung ke premis berkenaan di Jalan Kenanga, Indahpura, di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika mangsa sedang berada dalam bilik rawatan, suspek bertindak memegang kedua-dua payu dara mangsa.

“Sehubungan itu satu laporan polis terhadap suspek dibuat oleh mangsa di Balai Polis Kulai pada pukul 3.30 petang, dua hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beng Yeow turut memberitahu, siasatan mendapati pusat rawatan berkenaan telah beroperasi sejak sejak Julai tahun lalu.

“Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan,” ujarnya lanjut.

Tambah Beng Yeow lagi, suspek kini dikenakan tahanan reman selama dua hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Kulai, dekat sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret, Sharifah Maleeha Syed Husin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI