fbpx

Enjin Boeing 737 terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan enjin pesawat Boeing 737-500 terbakar sebelum berlepas ke Wamena. - Detik News

JAKARTA – Sebuah pesawat Trigana Air terpaksa membatalkan penerbangan selepas satu enjinnya terbakar dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Sentani di Jayapura, wilayah Papua, lapor portal berita Antara semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 11.21 pagi (waktu tempatan) ketika pesawat Boeing 737-500 itu hendak berlepas ke Wamena. 

Ketua Jabatan Perhubungan Pemegang Kepentingan Lapangan Terbang Sentani, Surya Eka berkata, kira-kira empat daripada 121 penumpang mengalami kecederaan semasa proses pemindahan yang kelam-kabut. 

“Tiada kematian dilaporkan, tetapi beberapa penumpang cedera ketika orang ramai berebut mahu keluar daripada  pesawat melalui pintu kecemasan. 

“Mangsa-mangsa cedera ringan dan menerima rawatan perubatan di Kemudahan Kesihatan dan Kuarantin lapangan terbang,” kata Surya.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSC) sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran. 

“Aktiviti di Lapangan Terbang Antarabangsa Sentani beroperasi seperti biasa,” tambahnya.

Pengurus Kawasan Trigana Air untuk Papua, Irwan Rohendi berkata, penumpang pesawat itu telah dipindahkan ke penerbangan lain.

“Sebahagian penumpang diterbangkan ke Wamena petang semalam, manakala yang lain akan berlepas hari ini,” kata Irwan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI