PETALING JAYA – Kubur seorang remaja perempuan iaitu pelajar tahfiz yang meninggal dunia pada hari Jumaat, dikatakan berbau wangi selama kira-kira 40 hari selepas kematiannya.
Kisah tersebut diceritakan oleh bapa remaja itu, Norhisyam Mat Yusuf dalam satu program audio siar atau podcast yang turut dikongsikan pada TikTok.
“Ustazah datang nak mandikan jenazah anak saya. Dia panggil saya, ‘tengok ni darah keluar’ (sambil tunjuk tempat darah keluar).
“Lepas tu bila sampai di kubur lepas solat jenazah, penggali cakap biasa Jumaat tak ramai penggali kubur, (tapi) datang dekat berapa belas orang.
“Korek-korek sekejap saja. Bagi tahu lepas pukul 3.30 petang, sebelum asar dah siap korek,” katanya pada program tersebut.
Norhisyam berkata, penggali kubur juga memaklumkan wajah arwah anaknya berseri-seri apabila kain di bahagian muka dibuka sebelum ditutup.
“Meninggal hari Jumaat lepas tu mudah. Bila malam bau wangi, lebih kurang 40 hari saya pergi kubur dia, saya balik rumah bau wangi. Allahuakbar,” katanya.
Berkongsi latar belakang anaknya, Norhisyam berkata, remaja tersebut belajar menghafal al-Quran di sebuah pusat tahfiz di Bukit Changgang, Banting, Selangor.
“Dia sakit lepas tu tangguh sekejap. Dia kata kemungkinan kalau dia balik apa semua, (nak) berubat. Dia nak sambung hafal al- Quran balik,” katanya. – KOSMO! ONLINE
@ariffkhairuddin Ikuti bagaimana pengakhiran hidup seorang remaja perempuan. Tonton video penuh episod 2 bersama Ir. Norhisyam Bin Mat Yusuf di YouTube Sembang Arif. #sembangarif #podcast