WASHINGTON – Kamala Harris dan Donald Trump bertarung dalam perlumbaan menguasai White House dengan pusat-pusat mengundi di seluruh negara beransur-ansur ditutup, manakala rakyat menanti pengumuman keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Ketika bilangan keputusan yang diketahui semakin meningkat, media AS mengunjurkan kemenangan Trump di 20 negeri setakat ini. Ia termasuk kemenangan besar beliau di Texas dan Ohio serta sebilangan negeri lain yang cenderung menyokong parti pimpinan Trump, Parti Republikan.
Harris yang mewakili Parti Demokrat pula menawan lapan negeri iaitu Colorado, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New York, Rhode Island dan Vermont serta ibu negara AS, Washington D.C.
Setakat ini, Trump menang 201 undi elektoral berbanding cuma 91 yang diperoleh Harris.
Bilangan undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi jawatan Presiden AS ialah 270.
Berikut adalah senarai negeri yang dimenangi oleh setiap calon dan jumlah undi elektoral yang sepadan setakat berita ini ditulis. Keputusan tersebut adalah berdasarkan unjuran media AS termasuk CNN, Fox News, MSNBC/NBC News, ABC dan CBS. – AFP
Harris
Colorado (10 undi elektoral)
Delaware (3)
District of Columbia (3)
Illinois (19)
Maryland (10)
Massachusetts (11)
New York (28)
Rhode Island (4)
Vermont (3)
Trump
Alabama (9 undi elektoral)
Arkansas (6 )
Florida (30)
Indiana (11)
Kansas (6)
Kentucky (8)
Louisiana (8)
Mississippi (6)
Missouri (10)
Montana (4)
North Dakota (3)
Ohio (17)
Oklahoma (7)
South Carolina (9)
South Dakota (3)
Tennessee (11)
Texas (40)
Utah (6)
West Virginia (4)
Wyoming (3)