fbpx

[VIDEO] ‘Ira Kazar boleh nyanyi, cuma lemah pernafasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru vokal dikenali sebagai Adzrin memberi maklum balas nyanyian Ira yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang guru vokal berpendapat bekas isteri pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar berkebolehan menyanyi, namun mempunyai kelemahan dari segi sistem sokongan pernafasan (breathing support system).

Menerusi hantaran TikTok Adzrin Adzhar, wanita itu memberi maklum balas nyanyian Ira yang tular dalam acara pelancaran produk baru-baru ini.

“Kalau tanya saya, Ira Kazar boleh menyanyi. Sebagai seorang penyanyi antara benda kita paling nak cari adalah ton. Kalau A nyanyi, bunyi suara A, kalau B nyanyi bunyi suara B.

“Nampak, memang semua orang unik, Allah jadikan setiap seorang berbeza, mempunyai suara tersendiri.

“Macam Ira Kazar, dia dah jumpa ton suara cuma kesalahan atau kelemahan pada vokal dia ialah ‘breathing support system’. Nak kekalkan not tak dapat bergerak lancar,” katanya video tersebut.

Adzrin berkata, untuk bahagian pertama nyanyian itu, Ira mampu melakukannya.

“Bahagian pertama dia dah dapat, bila bahagian kedua, dia dah pusing bergerak, ini kerana ‘breathing support system’, stamina tak cukup untuk menampung ‘projection’ kita,” ujarnya.

Terdahulu, pada acara tersebut, Ira menyanyikan lagu judul Jangan Kau Mimpi dendangan asal Allahyarham Siti Sarah. – KOSMO! ONLINE

@adzrinadzhar KALAU TANYA SAYA, JAWAPAN SAYA SUARA DIA SEDAP. #adzrinadzhar #trusttheprocess #vocalcoach #mayinmenyanyi #belajarmenyanyi #vokal #learnontiktok #musicontrend ♬ original sound – Adzrin Adzhar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI