SUNGAI BULOH – Dua kilang papan dan besi musnah dalam kebakaran di Jalan Welfare, Kampung Baru Cina Sungai Buloh, di sini, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.36 pagi.
Katanya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Bukit Jelutong, BBP Selayang dan BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan dua kilang papan dan besi yang terbakar 60 peratus.
“Kebakaran tidak membabitkan mangsa dan kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE.