fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai 4 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook memaklumkan antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,

“Di Pahang, keadaan cuaca ini melibatkan daerah Bentong, manakala di Selangor di kawasan Hulu Langat.

“Bagi Negeri Sembilan pula ia melibatkan daerah di Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah,” katanya.

Jelas MetMalaysia, untuk Johor pula, kawasan yang diramalkan mengalami hujan dan ribut petir adalah di daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.– KOSMO! ONLINE– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI