fbpx

Trump, Harris masing-masing dapat 3 undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam pengundi berdaftar membuang undi mereka di Dixville Notch, New Hampshire. - Getty Images

WASHINGTON – Kamala Harris dan lawannya, Donald Trump masing-masing memperoleh tiga undi pada permulaan rasmi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat di pekan Dixville Notch, lapor saluran berita ABC News hari ini.

Keputusan tersebut selepas kertas undi enam pengundi berdaftar di Dixville Notch iaitu sebuah pekan kecil di utara New Hampshire dikira.

Dalam perlumbaan untuk kerusi Gabenor negeri New Hampshire, calon Parti Republikan, Kelly Ayotte menerima majoriti sebanyak lima undi.

Dalam dua pilihan raya Presiden yang lalu, majoriti pengundi di Dixville Notch telah memilih calon Parti Demokrat. 

Pengundi di sana memberikan semua lima undi kepada Joe Biden pada 2020, manakala empat daripada tujuh undi kepada Hillary Clinton pada 2016.

Pekan Dixville Notch merupakan satu-satunya lokasi di New Hampshire yang membuka pusat mengundi pada waktu tengah malam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI