fbpx

Pelajar pakai topeng masa jawab kertas peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar-pelajar menjawab kereta peperiksaan sambil memakai topeng. - TikTok

JAKARTA – Seorang guru sekolah rendah di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi tular apabila mengarahkan murid untuk memakai topeng ketika menjawab kertas peperiksaan, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @intannkusumaaa, menunjukkan murid-murid memakai topeng sedang fokus menjawab kertas peperiksaan ulangan Matematik.

Lebih kelakar apabila topeng mereka memiliki pelbagai corak seperti kucing, kupu-kupu, Transformers, Thor, Batman dan lain-lain. 

Langkah itu dibuat bagi menghalang murid  daripada meniru jawapan pelajar lain. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 5.5 juta tontonan bersama 479,400 tanda suka. 

“Semua ‘superhero’ ini datang ambil ujian ulangan,” komen seorang netizen. 

“Mereka mahu menjawab kertas ulangan atau menyelamatkan Bumi?” kata netizen lain dalam nada bergurau. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI