fbpx

Pasangan pengantin kahwin di tepi landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan majlis perkahwinan yang berlangsung di landasan kereta api. - TikTok

JAKARTA – Perbuatan sepasang pengantin baru di Indonesia yang melangsungkan majlis perkahwinan di kawasan landasan kereta api mengundang perhatian netizen, lapor laman berita Wolipop semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @azimah_makeup menunjukkan sebuah pelamin cantik dihiasi bunga berwarna biru dan putih. 

Lebih mengejutkan apabila pelamin dan kerusi tetamu diletakkan bersebelahan dengan landasan kereta api.

Semasa bergambar, orang ramai bergegas menjarakkan diri apabila kereta api melintas. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 886,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

“Bahaya kalau kanak-kanak berlari di kawasan itu,” kata seorang netizen. 

“Ini bukan menempuh hidup baru di dunia, tetapi di ‘syurga’,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI