PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini sedang merakam percakapan suami isteri pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi wartawan sebentar tadi.
Azam berkata, beliau mengesahkan pasangan itu dipanggil memberi keterangan berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RMRM43.9 juta.
“Sekarang ini mungkin pegawai saya sedang menjalankan siasatan,” katanya.
Ditanya sama ada proses (ambil keterangan) terhadap pasangan itu masih berlangsung, Azam berkata, beliau memaklumlumkan proses itu belum selesai.
Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.
Difahamkan, pasangan itu tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi. – KOSMO! ONLINE