fbpx

OPR dijangka kekal esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bank Negara Malaysia

PETALING JAYA – Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) yang berlangsung hari ini dan esok dijangka membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap semasa, iaitu tiga peratus.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, beliau berpandangan bahawa OPR bakal dikekalkan

“Meskipun trend kadar faedah di peringkat global sedang menurun, pihak BNM dijangka akan terus berhati-hati terhadap risiko kenaikan inflasi pada2 025, berikutan langkah rasionalisasi bahan api tahun hadapan.

“Selain itu, kedudukan ekonomi Malaysia masih berada dalam keadaan yang baik, di mana kadar pertumbuhan dijangka sekitar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada tahun hadapan dan pasaran buruh kekal dalam mod guna tenaga penuh, dengan kadar pengangguran yang rendah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesyuarat MPC kali ini merupakan kali terakhir yang dijadualkan untuk tahun 2024.

BNM bakal mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari pada pukul 3 petang esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI