fbpx

84 PATI warga Thailand dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 84 PATI warganegara Thailand yang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini. FOTO IHSAN JIM

KOTA BHARU – Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Thailand termasuk bayi dan kanak-kanak yang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah dekat sini dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.

Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, kesemua PATI yang terdiri daripada 64 orang lelaki, wanita (15) kanak-kanak perempuan (4) dan kanak-kanak lelaki (1) dihantar pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Menurutnya, kanak-kanak yang terlibat itu dihantar bersama ibu bapa masing-masing.

“Kesemua PATI dewasa berusia dalam lingkungan 19 hingga 58 tahun manakala bagi kanak-kanak pula antara setahun hingga tujuh tahun.

“Mereka sebelum ini ditahan selepas didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI