fbpx

Legenda Everton, Australia jadi CEO FAM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAHILL (kanan) dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Ismail dan Anwar pada Ogos lalu. - FB HRH CROWN PRINCE OF JOHOR

DESAS-desus mengenai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal diswastakan dikatakan semakin menjadi kenyataan apabila legenda bola sepak Australia, Tim Cahill dikaitkan untuk memegang jawatan penting dalam badan induk itu.

Spekulasi mengenai penyertaan Cahill yang juga bekas penyerang Everton ke FAM semakin bertiup kencang apabila menjadi bualan peminat sukan tanah air di laman sosial X dan Facebook sejak kelmarin.

Malah, Cahill turut dilaporkan sudah menemui Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Bekas penyerang prolifik yang kini berusia 45 tahun itu didakwa cukup akrab dengan Tunku Mahkota Ismail apabila sering dibawa ke mesyuarat penting Johor Darul Ta’zim (JDT) termasuk melawat ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Ogos lepas.

Sebelum ini, arena bola sepak negara turut ‘kecoh’ apabila Tunku Mahkota Ismail dilaporkan sedia menjalinkan kerjasama semula dengan FAM bagi memulihkan reputasi Harimau Malaya yang tercalar.

Menerusi tangkap layar yang tular di media sosial sejak minggu lalu, Tunku Mahkota Ismail membalas pertanyaan netizen dengan memberikan bayangan mengenai apa yang akan berlaku pada masa depan.

“Saya tidak akan sertai FAM, FAM akan sertai saya,” balas Tunku Mahkota Ismail.

Bagaimanapun sehingga sekarang, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada FAM tentang jalinan kerjasama bakal dilakukan termasuk penglibatan Cahill nanti.

Namun, khabar angin kuat mengatakan Cahill mungkin diberikan peranan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama badan induk itu sekiranya diswastakan nanti.

Jika menjadi realiti, FAM akan mengikuti jejak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang turut membuat keputusan untuk melantik pakar luar negara dari Itali, Giorgio Pompili Rossi untuk menjadi CEO baharu sejak September lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN