fbpx

Tok kadi ‘buli’ pengantin disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) menyiasat  tentang dakwaan seorang tok kadi atau jurunikah ‘membuli’ pengantin baharu di sebuah masjid dipercayai di Sungai Petani, dekat sini.

Pengarahnya, Datuk Abd. Ghani Zainudin berkata, beliau sudah mengarahkan pegawainya memulakan siasatan berhubung dakwaan tersebut termasuk memanggil kedua-dua pihak terlibat.

Katanya, pejabat agama daerah akan bertemu dengan kedua-dua pihak terlibat untuk mendapat penjelasan lebih lanjut.

“Sebenarnya, perbuatan ‘membuli’ pengantin baharu ini tidak wajar dan kita tidak benarkan walaupun tidak ada peraturan atau fatwa khusus berkaitan perkara ini di Kedah. Buli itu dilarang sama sekali, tok kadi yang dilantik perlu memudahkan urusan akad nikah, itu sahaja.

“Asalkan cukup rukun nikah itu jadilah. Tanya sikit-sikit sajalah jangan sampai jatuh air muka orang itu. Apa-apa pun kita akan siasat dan panggil kedua-dua pihak itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang satu hantaran yang tular di media sosial memaparkan dakwaan pendakwah bebas, Firdaus Wong tentang pengantin dibuli ketika majlis akad nikah di sebuah masjid di Kedah, baru-baru ini.

Pendakwah bebas terbabit memaklumkan bahawa kejadian berlaku ketika dia menghadiri upacara perkahwinan sepupu isterinya sebelum mendapat layanan kurang baik daripada muazzin, imam dan saksi majlis itu.

Abd. Ghani menambah, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar dan membiarkan jabatan agama menyiasat dakwaan tersebut dengan terperinci. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI