fbpx

‘Ujian itu sudah pasti’ – Rakan duet Bea Sobar Bea titip pesanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Den Manjo

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal Kelantan iaitu Den Manjo menuai perhatian ramai apabila memuat naik kapsyen tentang ujian hidup sekali gus memberi bayangan pesanan tersebut dititipkan buat rakan duetnya bagi lagu Cinta Setandan Pisang yang kini didakwa ditahan reman di Thailand akibat kes dadah.

Menurut Den, setiap individu tidak akan terlepas daripada melalui ujian daripada Tuhan namun yang membezakan ialah jenis dugaan yang perlu ditempuh.

“Ujian dan pilihan itu sudah pasti bagi setiap manusia di atas muka bumi ini.

“Cuma yang berbeza jenis dan kadar ujian itu kecil atau besar bersesuaian dengan penerimanya,” katanya ringkas.

Den bagaimanapun tidak menyatakan secara khusus sama ada kapsyen tersebut berkaitan kes penyanyi wanita itu atau hanya secara umum.

Menerusi perkongsian dalam TikTok itu juga, dia turut menggunakan lagu berjudul Bolah Duk Gewe nyanyiannya bersama Eda Ezrin sebagai lagu latar.

Sementara, dalam ruangan komen pula dibanjiri dengan doa agar penyanyi wanita berkenaan sentiasa dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Netizen juga turut berharap Den tidak terjebak daripada melakukan sebarang perkara yang boleh merosakkan kariernya.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan dan lima individu yang ditangkap bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Golok, Thailand pada Jumaat lalu ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada Jumaat lalu.

Tiga lelaki dan tiga wanita termasuk penyanyi terbabit ditangkap polis Thailand kira-kira pukul 5 pagi dalam satu serbuan ketika mereka berehat di sebuah bilik hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak bawah hotel tersebut.

Difahamkan, mereka masuk ke negara jiran itu untuk berhibur sempena cuti perayaan Deepavali dan hasil pemeriksaan air kencing, kesemua enam suspek positif dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI