PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri petang ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 5 petang itu melibatkan daerah Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, serta Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.
“Amaran ribut petir juga melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak, manakala di Kelantan melibatkan Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Bagi Terengganu pula, amaran ribut petir melibatkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin.
“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Kuala Selangor dan Klang di Selangor, manakala Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak,” katanya.
Sementara itu, amaran sama diberikan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) di Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE