fbpx

JSPT fokus 3 elemen utama kurangkan kes kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri Hassan

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman komited menangani isu kemalangan jalan raya di negara ini dengan memberi fokus kepada tiga elemen utama.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, tiga elemen itu membabitkan penguatkuasaan, siasatan serta integriti bagi mengurangkan kadar kemalangan di seluruh negara.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan secara berterusan sejak beliau menerajui jabatan berkenaan sejak Julai lalu.

“Antaranya (elemen utama), memperkasakan penguatkuasaan melalui operasi bersepadu dengan agensi-agensi lain selain mempertingkatkan rondaan. Di samping itu, kita turut membuat advokasi melalui kempen-kempen keselamatan jalan raya, seperti yang dibuat bulan lalu di tol Bentong dan di Sekolah Menengah Anderson Ipoh.

“Usaha ini bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya memandu secara melulu dan dapat membantu orang ramai untuk memandu dengan cara berhemah mengikut peraturan dan arahan daripada pihak berkuasa. Ini bagi memastikan jalan raya selamat digunakan oleh semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan JSPT Bukit Aman di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 35 orang membabitkan 10 pegawai kanan dan 25 anggota menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan serta dedikasi melaksanakan tugas sehingga mengharumkan nama JSPT.

Katanya, melalui usaha-usaha yang dijalankan JSPT di seluruh negara secara tidak langsung turut membantu jabatan lain dalam beberapa kes termasuk dadah dan jenayah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI