fbpx

Kutipan hargai jasa Peguam Negara tidak diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak berhasrat meneruskan kutipan bagi menghargai jasa Peguam Negara.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Unit Komunikasi Strategik AGC, kutipan sumbangan oleh Timbalan Pendakwa Raya itu tidak akan diteruskan walaupun ia berniat baik.

“Berkenaan dengan isu kutipan sumbangan daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi menghargai jasa Peguam Negara.

“Jabatan ini ingin menegaskan bahawa walaupun tujuan kutipan sumbangan ini berniat murni, Peguam Negara telah meminta agar hasrat ini tidak diteruskan,” katanya semalam.

Terdahulu, tular dakwaan di media sosial menyatakan jabatan berkenaan diminta memberikan sumbangan wang untuk membeli hadiah sempena persaraan Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh tidak lama lagi.

Kutipan sumbangan itu dipecahkan mengikut gred iaitu Turus berjumlah RM500, Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa A) RM400, Jusa B (RM300), Jusa C (RM200) manakala pangkat terendah L44 (RM30) dan L41 (RM20). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI