fbpx

26 projek tebatan banjir Pantai Timur babit kos RM8 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir yang melanda kawasan Rantau Panjang pada Disember lalu.

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan terdapat 26 projek rancangan tebatan banjir (RTB) di seluruh Pantai Timur dengan kos berjumlah RM8 bilion.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, satu daripadanya telah siap iaitu projek RTB Lembah Bertam, Cameron Highland, Pahang.

“Manakala 10 projek masih dalam peringkat pra pelaksanaan. Daripada 10 itu, lima sudah diiklankan untuk tender. Lima lagi dalam proses reka bentuk.

“Selain itu, 15 projek sedang dalam peringkat pelaksanaan. Satu mengikut jadual, manakala 14 mempunyai masalah pelaksanaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berhubung langkah drastik kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, antara punca utama kelewatan adalah proses pengambilan tanah yang mengambil masa terlalu lama dan isu pengalihan utiliti.

Bagaimanapun, kata beliau, isu pengambilan tanah telah diselesaikan dan projek-projek telah mendapat pelanjutan tempoh kontrak dan isu pengalihan utiliti juga sedang dalam fasa perjanjian antara syarikat terlibat.

Kata beliau, kementeriannya melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sentiasa melaksana dan memantau kemajuan projek mengikut Pekeliling Perbendaharaan, tatacara perolehan dan pentadbiran kontrak serta peraturan-peraturan berkuatkuasa.

Selain itu, kata beliau, sebagai penyelesaian jangka pendek, JPS melaksanakan kerja-kerja kecil di bawah Projek Pemuliharaan Sungai untuk mengurangkan risiko banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI