fbpx

[VIDEO] Kucing terlepas belitan, tak sempat jadi ‘lauk’ ular sawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki berjaya melepaskan seekor kucing yang dibelit seekor ular sawa.

PETALING JAYA – Seorang lelaki memberanikan diri cuba melepaskan seekor kucing yang sedang dibelit ular sawa daripada menjadi makanan reptilia tersebut, dalam kejadian pukul 4.30 pagi di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menerusi video dimuat naik pada TikTok Sheikh Al Arjan, lelaki tersebut yang juga penyelamat haiwan jalanan bercerita, pada mulanya dia terdengar bunyi pelik dari dalam sangkar yang menempatkan kucing-kucing diselamatkannya.

“Aku jenis penakut ular, kucing punya pasal, aku tak kira dah. Apa nak jadi, jadilah. Seekor kucing baru kena belit, aku tekup (guna alat) ular bagi lepas.

“Alhamdulillah kucing lepas lari, lebih kurang tiga meter panjang (ular). Ikut hati nak kerat terus, tapi tak sampai hati. Panggil JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia), nasib baik ‘snake grip’ ada,” katanya.

Dia berkata, sangkar tersebut sudah digunakan hampir tujuh tahun dan banyak yang rosak, berkarat dan berlubang.

“Buat masa ni tak mampu baiki lagi, memandangkan kes ni kali pertama, dah mula risau keselamatan ‘stray’ (kucing jalanan). Kalau ada serba sedikit sumbangan mana-mana pihak, kerajaan negeri, YB dan exco berkenaan, pihak swasta buat CSR, orang perorangan, kawan dan sahabat.

“Dapat bantu buat balik, bagi elok sangkar ‘stray’ ni, saya amat berbesar hati. Semoga kita beroleh manfaat bersama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@sheikhalarjanssayangi makhluk #straycat #stray #catsoftiktok #alarjan #seberangjayapenang #penang

♬ Very Sad – Enchan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI