fbpx

Korea Utara lancar berbilang misil balistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki menonton program berita memaparkan ujian peluru berpandu Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul hari ini. – AFP 

SEOUL – Korea Utara melancarkan sejumlah peluru berpandu balistik jarak dekat awal hari ini, kata Seoul, pelancaran kedua beberapa jam sebelum rakyat Amerika Syarikat (AS) keluar memilih presiden baharu.

Ketua-Ketua Staf Bersama (JCS) berkata, mereka mengesan pelancaran sebilangan misil balistik jarak dekat itu  sekitar pukul 7.30 pagi waktu tempatan (6.30 pagi waktu Malaysia) di perairan timur Semenanjung Korea.

“Sebagai persediaan menghadapi pelancaran selanjutnya, tentera kami meningkatkan tahap pengawasan dan kewaspadaan,” kata JCS sambil menambah, pihaknya berkongsi maklumat risikan bersama Tokyo dan Washington.

Pada Khamis lepas, Korea Utara yang memiliki senjata nuklear, mengumumkan bahawa ia menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) janaan bahan api pepejal paling canggihnya.

Ujian senjata itu adalah yang pertama oleh rejim Kim Jong-un sejak Pyongyang dituduh menghantar tentera ke Russia.

Pelancaran itu turut berlaku beberapa jam selepas komander Korea Selatan  dan Amerika Syarikat (AS) memberi amaran supaya Korea Utara mengundurkan askanya.

Pada Ahad lalu, Korea Utara, Jepun dan AS mengadakan latihan udara bersama melibatkan sebuah pesawat pengebom keupayaan nuklear sebagai tindak balas terhadap pelancaran ICBM Pyongyang.

Latihan udara itu mengerahkan pesawat pengebom tugas berat AS, B-1B, jet pejuang F-15K dan KF-16 milik Korea Selatan serta  pesawat tempur Jepun, F-2. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI