fbpx

Berkemban lagi, Nonny Nadirah dakwa lirik lagunya dicuri manusia zalim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NONNY terkilan ada individu yang merampas seni kata lagu ilhamnya.

PETALING JAYA – Berkemban sambil menyanyi, artis sensasi Nonny Nadirah mendakwa lagu yang sedang didendangkan antara tiga karya garapannya yang dicuri seseorang.

Nonny atau nama lengkapnya Nonny Nadirah Zainuddin, 35, meluahkan rasa terkilan dizalimi individu yang tergamak merampas seni kata lagu ilhamnya.

“Ada demo dekat IG (Instagram) lagu RintihBulan dan Manja. Yang saya nyanyi sekarang ini lagu Manja, semua saya tulis sendiri. Pencuri itu ambil semua lirik saya.

Dia nak ambil semua lagu saya. Hidup dia akan bahagia tak kalau buat orang macam ni? Itu hak saya! Saya ada dalam industri ataupun tidak, itu tetap hak saya,” katanya dalam perkongsian di Instagram.

Menerusi video tersebut, bakat yang dicungkil daripada program Akademi Fantasia musim lima itu dipercayai menyanyi dalam bilik air sambil memegang baldi.

Begitupun, Nonny memaklumkan sudah memaafkan individu terbabit yang disifatkan sebagai manusia zalim dan tamak.

Takut sebelum merangkak masuk liang lahad, Allah tunjuk kezaliman kau secara terang-terangan terhadap hamba Allah yang lain.

“Saya maafkan demi Allah. Untuk izinkan tidak sama sekali sampai mati. Kau hiduplah dengan hasil perbuatan tangan kau sendiri. Pencuri yang tamak,” ujarnya.

Namun, dalam perkongsian tersebut penyanyi dan pelakon asal Kota Kinabalu, Sabah itu tidak memberi bayangan individu dimaksudkan.

Sebelum ini Nonny beberapa kali mencetuskan kontroversi apabila berkongsi tindakan pelik termasuk memuat naik video membotakkan kepala, berendam dalam baldi, memuat naik foto separuh bogel selain bertuala sambil terkangkang.

Walaupun menegaskan sekadar menjual produk, perkongsian video dan gambar keterlaluan itu membuatkan ramai bimbangkan tahap kesihatan mentalnya.

Sebelum ini dia menyepi dari industri hiburan selama tiga tahun disebabkan masalah peribadi sebelum muncul kembali sekitar Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI