KUALA LUMPUR – Magnum, peneraju aiskrim terkemuka, melancarkan inovasi terbaharunya: Magnum Mango Yoghurt Parfait dan Magnum Chocolate Luxe bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kini semakin berubah dan mahukan kelainan daripada produk aiskrim sedia ada di pasaran.
Makanan popular masyarakat tidak kira pelbagai peringkat umur itu menawarkan kenikmatan yang tiada bandingannya yang mana kedua-dua keluaran baharu ini membawa detik indah yang berterusan, tidak kira di siang yang gemilang mahupun malam yang memukau.
Pengurus Besar Aiskrim untuk Unilever Malaysia dan Singapura, Maggie Tay berkata, bagi pilihan Magnum Mango Yoghurt Parfait, ia telah menyatukan aiskrim yoghurt yang lemak berkrim dengan sos mangga yang memikat, disaluti lapisan coklat putih yang tebal bersama crumbles vanila yang rangup.
“Gabungan rasa manis dan segar ini menjiwai semangat musim panas dalam setiap gigitan yang membawa anda terus ke ‘syurga tropika’ dengan simfonsi rasa dan tekstur yang unik,” katanya dalam kenyataan yang diedarkan bersempena majlis pelancaran dua perisa aiskrim terbaharu itu di sini baru-baru ini.
Tay menjelaskan, bagi Magnum Chocolate Luxe pula ia mewakili kenikmatan sejati, dan direka khas untuk memuaskan keinginan manis anda terutama pada larut malam.
Menurut beliau, aiskrim coklat yang mewah disertakan dengan pusaran sos coklat yang lazat, dan dilapisi coklat Belgium Magnum yang tebal serta kepingan biskut mentega rangup, menjadikan setiap kunyahannya sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Tambahnya, aiskrim ini menyerlahkan komitmen teguh Magnum terhadap seni kulinari dan kualiti.
“Di Magnum, kami sentiasa mengangkat seni kenikmatan dengan mencipta pengalaman aiskrim yang unik dan membelai deria anda. Berinspirasikan kontras antara siang dan malam, Magnum Mango Yoghurt Parfait dan Magnum Chocolate Luxe bukan sekadar aiskrim biasa tetapi ia menawarkan pengalaman kenikmatan yang sofistikated.
“Kami bukan hanya menyajikan aiskrim, kami juga mencipta momen kebahagiaan yang tulen. Ciptaan terbaharu ini mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi kami terhadap kualiti, inovasi dan kenikmatan yang abadi,” jelas beliau. -KOSMO! ONLINE