fbpx

100MYE iktiraf usahawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah Yusof (tengah) menyerahkan anugerah kepada pemenang pada acara 100MYE di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Penganjuran The 100 Most Influential Young Entrepreneur 2024 (100MYE) telah berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-ma­sing seterusnya diraikan dalam majlis penyampaian anugerah kepada pemenang.

Pengerusi program tersebut, Datuk KK Chua berkata, konsep 100 MYE tahun ini adalah ‘evolve’ dengan harapan setiap usahawan terus melakukan perubahan dalam perniagaan untuk meningkatkan daya saing.

Menurut beliau, penganjuran program tersebut memiliki objektif untuk meletakkan kejayaan usahawan muda pada tahap lebih tinggi untuk berhadapan dengan situasi ekonomi.

Menurutnya, meskipun laporan ekonomi negara me­nunjukkan aliran pertumbuhan ekonomi semakin positif, mereka mesti terus berusaha dan bekerja keras bagi memaju kejayaan perniagaan dan mengambil setiap rintangan sebagai pemangkin semangat.

“Jika mereka boleh melakukan penambahbaikan dalam kepimpinan, pengurusan dan strategi perniagaan sebanyak satu persen setiap hari dalam masa setahun, keputusannya mereka akan dapat lebih baik daripada titik awal mereka bermula,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian anugerah 100MYE yang telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di sini baru-baru ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI