fbpx

Budak 2 tahun maut diserang anjing liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEMPORNA – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tujuh bulan maut diserang sekumpulan anjing liar di Kampung Sungai Tohok kelmarin.

Mangsa warga tempatan ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan berlumuran darah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa, kira-kira pukul 9 pagi.

Seterusnya mangsa dikejarkan ke Hospital Semporna namun dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata, pihaknya terkesan penularan video di media sosial berdurasi lapan saat memaparkan kanak-kanak terbaring dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah serta terdapat kesan gigitan.

“Berkaitan kejadian itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna telah pun menerima laporan pukul 10.33 pagi dan membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya, bedah siasat telah dijalankan hari ini di Jabatan Forensik Hospital Besar Tawau.

Katanya, IPD Semporna akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan operasi anjing liar bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI