KARACHI – Seorang wanita Britain yang berkahwin dengan bapa saudara sendiri yang merupakan warga Pakistan, berdepan hukuman rejam hingga mati, lapor portal berita MailOnline kelmarin.
Pasangan itu yang mempunyai seorang anak dituduh berzina.
Bekas pengarah syarikat berusia 30-an itu mengahwini saudara kandung ibunya semasa pergi ke Pakistan.
Wanita itu kini dipercayai kembali ke Britain.
Namun, bapa saudaranya telah ditangkap oleh polis dan berada di penjara ketika siasatan kes itu sedang diteruskan.
Polis Pakistan menyatakan bahawa wanita Britain itu mengahwini bapa saudaranya tanpa paksaan. – AGENSI