fbpx

Anggota bomba terlibat kongsi gelap, kumpulan JI dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR HISHAM

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membuang anggotanya yang disabitkan bersalah dalam kes dadah, kongsi gelap serta menganggotai militan Jemaah Islamiah (JI) pada tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang dan integriti jabatan itu.

Kata beliau, dalam tempoh lima tahun, Unit Integriti JBPM merekodkan 273 aduan salah laku, 42 skandal seksual, 38 salah guna kuasa, 30 aduan berkaitan pengurusan, 12 rasuah dan sembilan penyelewengan.

“Dalam aspek pengurusan tatatertib pula, seramai 74 pegawai bomba telah dibuang kerja dari tahun 2019 hingga Oktober 2024, termasuk kesalahan melibatkan rasuah, jenayah seksual dan lain-lain,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat JBPM 2024 di sini hari ini.

Kata beliau, sebagai usaha meningkatkan integriti dalam jabatan, langkah proaktif yang dilakukan adalah ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) yang kini memasuki tahun keempat.

“Selain itu, terdapat pelantikan 79 Marshal Integriti (MI) di peringkat negeri sebagai mata dan telinga Unit Integriti JBPM,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI