fbpx

Cuba buka bonet teksi terbakar, pemandu melecur pada muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan teksi dipandu Zulkaria yang terbakar di Jalan Kuala Ketil, Kampung Batu 4, Baling pada pagi tadi.

BALING – Seorang pemandu teksi melecur pada muka dan tangan selepas teksi dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Kuala Ketil, Kampung Batu 4, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi itu, mangsa, Zulkaria Isa, 50, cedera akibat terkena bahang api ketika cuba membuka bonet kereta jenis Proton Persona yang terbakar.

Isteri mangsa, Hijrawati Samsul, 45, berkata, kejadian berlaku ketika suaminya itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang di Kuala Ketil, dekat sini.

“Bahagian enjin teksi tiba-tiba terbakar dan suami sempat memberhentikan kereta itu di tepi jalan.

“Difahamkan suami cedera akibat terkena bahang api daripada teksi yang terbakar itu,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.58 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI