fbpx

KKDW mahu liputan menyeluruh 5G di luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap pada Perasmian Penutupan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar Madani 2024 di sini hari ini.

BANGI – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan Pembangunan infrastruktur telekomunikasi terutamanya liputan rangkaian 5G di kawasan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Digital untuk menggunakan pendekatan kawasan yang tidak berpenduduk tinggi bagi mendapat manfaat liputan sistem 5G.

“Kerajaan sedang dalam usaha untuk mewujudkan saluran kedua 5G agar kawasan di luar bandar dapat liputan terutama bagi keperluan para pelajar dan murid sekolah.

“Kemudahan ini juga penting untuk para usahawan yang memulakan perniagaan dalam talian yang sangat memerlukan liputan komunikasi.

“Saya berharap dengan penambahan peruntukan Belanjawan 2025, perkara ini dapat dilakukan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Luar Bandar Madani 2024 di sini hari ini.

Konvensyenn tersebut dihadiri seramai 1,200 orang yang mewakili Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) dari seluruh Malaysia.

Objektif utama pelaksanaaan konvensyen itu adalah sebagai wadah dan medan interaktif peringkat nasional yang memberi ruang kepada pengurusan tertinggi kementerian dan kepimpinan negara untuk berinteraksi secara terus dengan pemimpin akar umbi dan masyarakat luar bandar.

“Kami yakin bahawa melalui perhimpunan sebegini ia bukan sahaja mendekatkan pemimpin tempatan dengan warga KKDW, tetapi juga menjadi pemangkin kepada transformasi tadbir urus serta kemajuan sosioekonomi luar bandar secara menyeluruh,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid juga meminta agar data-data penduduk kampung dikemaskini dengan lebih terperinci supaya bantuan dapat ditumpukan kepada kumpulan sasaran.

“Kita mempunyai data pembangunan yang lengkap mengenai penduduk kampung tapi tidak dikemaskini secara terperinci seperti pekerjaan anak-anak walaupun mereka beralamat di situ tetapi sebenarnya telah berhijrah atau melanjutkan pelajaran.

“Data-data ini kita akan buat melalui sistem geopolitik dan geoekonomi yang akan merangkumi semua maklumat dan ia akan dapat menembusi semua maklumat diperlukan bagi menyampaikan apa juga maklumat supaya sebarang bantuan dapat ditumpukan kepada kumpulan sasaran di luar bandar.

“Pendekatan saya, jangan pilih hanya adik-beradik, keluarga dan kawan rapat sedangkan mereka yang memerlukan tidak disantuni,” katanya.

Tambahnya, pendekatan itu mestilah menyantuni mereka yang benar-benar memerlukan dan yang layak untuk mendapat bantuan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI