fbpx

Isteri muda tikam isteri tua 50 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANSI dituduh menikam Jaya. - Foto Tangkap Layar/Times Now

NEW DELHI  – Seorang isteri kedua ditahan kerana disyaki menikam isteri pertama lebih 50 kali semasa mereka bertengkar pada perayaan Deepavali baru-baru ini, lapor portal berita Mint. 

Kejadian berlaku di Rewa dalam negeri Madhya Pradesh pada 31 Oktober lalu. 

Satu rakaman video menunjukkan suspek yang dikenali sebagai Mansi, 22, berulang kali menikam isteri pertama bernama Jaya, 26, dengan sebilah pisau menyebabkannya cedera parah.

Mansi juga menendang muka mangsa selepas menikamnya lebih 50 kali.

Polis berkata, seorang lelaki bernama Rambabu Verma berkahwin dengan Jaya pada 2019 sebelum mendirikan rumah tangga pula dengan Mansi, dua tahun kemudian.

Dia berkahwin dengan Mansi kerana kesihatan Jaya yang tidak baik.

“Isteri pertama Rambabu, Jaya, sering tidak sihat, menyebabkan dia berkahwin dengan Mansi. Kami sedang menunggu kenyataan mangsa untuk melengkapkan siasatan,” kata pegawai polis tempatan, Udit Mishra. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI