fbpx

Pencuri kabel tembaga tular di Mentakab diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian yang tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Polis sedang memburu sekumpulan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri kabel tembaga di Taman Keramat, Mentakab, Pahang awal pagi semalam yang tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner, Mazlan Hassan, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 2.45 pagi.

Seorang saksi yang merupakan penduduk di kawasan itu mendakwa melihat sekumpulan suspek menaiki dua buah kenderaan sedang mencuri kabel dalam lurah pembentung di hadapan rumahnya.

“Suspek turut bertindak membaling botol plastik ke arah pengadu. Semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan adalah palsu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam kejadian tersebut telah membuat laporan polis dan mengesahkan terdapat kabel milik mereka yang dipotong dengan anggaran kerugian sekitar RM500.

Kes tersebut kini sedang disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan mencuri.

Pihak polis menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah seperti ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI