fbpx

EPL: Edu ‘ancam’ tinggalkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Edu berjaya membantu Arsenal menandatangani pemain bertaraf bintang seperti Odegaard.

LONDON – Pengarah sukan Arsenal, Edu dilapurkan mahu angkat ‘kaki’ daripada kem The Gunners selepas difahamkan tidak lagi sehaluan dengan pihak pengurusan tertinggi kelab.

Sebagai rekod, Edu menjadi tulang belakang kepada peningkatan prestasi mendadak Arsenal yang dikendalikan oleh Mikel Arteta sejak beberapa musim lepas selepas dilantik pada 2019.

Antara ‘jasa’ Edu adalah memastikan Arsenal dapat menandatangangani pemain-pemain terbaik Eropah daripada kelab pesaing seperti Martin Odegaard dan Declan Rice.

Menurut laporan sumber, Edu akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat kerana tidak berpuas hati dengan tidak mendapat kuasa ‘mutlak’ dalam membeli pemain-pemain yang diidamkan pada jendela perpindahan lepas.

Situasi ini pasti meresahkan kem Arsenal kerana Edu dilantik menjadi pengarah sukan Arsenal sejak 2019 dan menjadi salah seorang individu yang digemari barisan pemain.

The Gunners juga gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan pada awal musim ini selepas menduduki tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI