fbpx

Man. City dilanda krisis terburuk kelab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIAS (kanan) terpaksa dipinggirkan sekurang-kurangnya tiga minggu disebabkan kecederaan dialami ketika ini. - AFP

MANCHESTER – Manchester City berada dalam situasi paling genting dalam sejarah kelab apabila kehilangan ramai tonggak menjelang aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Sporting Lisbon di Stadium Jose Alvalade awal pagi esok.

Ketiadaan beberapa pemain bintang menjadi tamparan hebat buat City dan kini dua pemain pertahanan utamanya, John Stones dan Ruben Dias terpaksa disisihkan sekurang-kurangnya tiga minggu.

City kini sudah kehilangan pemain seperti Rodri, Jack Grealish dan pemain muda Oscar Bobb, menjadikan persiapan untuk perlawanan itu lebih mencabar dan Guardiola mengakui tanpa Dias dan Stones, mereka bakal terjejas besar terutamanya di barisan pertahanan.

“Ruben (Dias) mungkin tidak kembali sehingga rehat antarabangsa, manakala John (Stones), kami tidak pasti sama ada dia akan kembali untuk dua perlawanan seterusnya,” ujar Guardiola.

Kekalahan mengejut kepada Bournemouth memberi impak pada kedudukan City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila jatuh ke tangga kedua, dua mata di belakang pendahulu, Liverpool.

Bagaimanapun, Guardiola tidak berputus asa, sebaliknya memuji pemain-pemain seperti Nathan Ake yang terus beraksi walaupun berdepan masalah kecederaan.

“Saya sangat menghargai usaha luar biasa daripada Nathan (Ake) yang beraksi walaupun bergelut dengan kecederaan kaki sejak awal musim. Walker pula tidak berlatih selama 16 hari.

“Akanji juga tampil walaupun tidak cergas sepenuhnya, ini adalah apa yang kami perlu terima dan teruskan,” katanya.

City bakal berdepan jadual padat bermula aksi Sporting sebelum berkunjung ke Brighton dan kembali selepas rehat antarabangsa untuk menentang Tottenham Hotspur pada 23 November ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI