fbpx

UCL: Peluang Amorim tewaskan Man. City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMORIM (atas) mahu memastikan Sporting berjaya mencipta kejutan menewaskan City awal pagi esok. - AFP

LISBON – Bakal pengurus baharu Manchester United, Ruben Amorim bertekad memberikan kenangan terindah kepada penyokong Sporting Lisbon menjelang aksi getir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Manchester City di Stadium Jose Alvalade awal pagi esok.

Amorim yang mengemudi Sporting sejak 2020, menerima tepukan gemuruh daripada para penyokong selepas membimbing pasukan itu menewaskan Estrela 5-1 dalam aksi Liga Primeira Portugal hujung minggu lalu.

Biarpun rata-rata penyokong Sporting menghargai jasa besar Amorim tetapi ada juga antara mereka kecewa dengan keputusannya untuk meninggalkan Portugal dan menyertai United bermula secara rasminya pada minggu depan.

“Dalam perlawanan seterusnya di tempat sendiri, sama ada kami menang atau kalah 0-15, saya akan tetap berada di sana (Lisbon) untuk mendengar apa sahaja reaksi penyokong.

“Saya faham mereka marah tetapi kita teruskan dan masa akan menyembuhkan segalanya. Menjadi pengurus Sporting adalah pengalaman terbaik dalam hidup saya,” kata Amorim.

United dilaporkan telah membayar yuran tambahan untuk mendapatkan Amorim lebih awal, melangkaui klausa kontraknya dengan Sporting yang memerlukan notis selama 30 hari.

Dalam masa sama, Amorim berazam untuk memastikan Sporting mencapai sesuatu yang luar biasa sebelum meninggalkan kelab dengan menewaskan City di pentas berprestij seperti UCL.

Selepas itu, Sporting akan menghadapi satu lagi cabaran besar menentang SC Braga dalam Liga Primeira Portugal di mana Amorim berharap untuk mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam semua kejohanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI