KOTA BHARU – Banjir yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu semakin bertambah baik apabil seramai 2,453 mangsa masih lagi masih lagi berada 30 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga buah daerah.
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 5,210 orang mangsa pada Jumaat lalu.
Tiga daerah yang masih terjejas dengan musibah banjir ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.
Pasir Mas merupakan jajahan tertinggi yang menempatkan mangsa banjir iaitu seramai 1,394 mangsa diikuti Kuala Krai (837) dan Tanah Merah (222).
Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Kuala Jambu masih melepasi paras amaran. -K! ONLINE