fbpx

Bomba siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOR HISYAM (tengah) bergambar bersama pegawai dan anggota bomba selepas program sambutan Hari Integriti JBPM di Kangar, hari ini.

KANGAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia untuk menghadapi Monsun Timur laut (MTL) yang dijangka melanda negara bermula esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya bersedia daripada segi kekuatan sumber manusia, kesiapsiagaan aset serta pelan pengurusan bencana.

Katanya, jumlah keanggotaan meliputi seramai 13,646 pegawai sepenuh masa, 2,196 pegawai bomba bantuan dan 8,421 anggota pasukan bomba sukarela dengan jumlah keseluruhan seramai 24,263.

“Jumlah logistik udara terdiri daripada lima helikopter dan tiga dron manakala logistik darat terdiri daripada 293 buah utiliti pacuan empat roda, 86 van, 72 lori lima tan dan 49 lori tiga tan.

“Aset logistik marin pula terdiri daripada kelengkapan pelbagai jenis bot yang sesuai untuk digerakkan dalam situasi bencana tersebut, ” katanya kepada pemberita selepas program Hari Integriti peringkat JBPM 2024, di sini hari ini.

Menurut Nor Hisham, pihaknya sentiasa merujuk portal agensi sahabat untuk mendapatkan maklumat terkini dalam membuat perancangan dan strategi pengurusan banjir.

Katanya, JBPM juga mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di Pusat Gerakan Operasi (PGO) berdasarkan situasi banjir di negeri masing-masing atas arahan Pengarah JBPM negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI