fbpx

Menteri pendidikan Palestin ucap terima kasih kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika mengadakan pertemuan dengan Amjad.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Palestin, Dr. Amjad Barham merakamkan ucapan terima kasih kepada Malaysia yang sentiasa mendukung dan mempertahankan hak asasi rakyatnya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, dalam pertemuan antara mereka, beliau dan Amjad berkongsi pandangan mengenai pendidikan yang kalis situasi perang,wabak, bencana alam dan perubahan iklim sangat kritikal ketika ini.

“Semoga Allah S.W.T terus memberikan kekuatan kepada rakyat Palestin. Suara Malaysia akan terus menjadi jurubicara utama dalam semua pentas yang mempertahankan maruah dan nilai kemanusiaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Fadhlina berkata, pertemuan beliau dengan Amjad merakamkan sejarah tersendiri apatah Malaysia dan Palestin adalah rakan yang sentiasa mendukung antara satu sama lain.

Menurutnya, tidak pernah walau sekali Malaysia meninggalkan Palestin, malah terus membawa suara negara itu dalam pelbagai pentas dan mempertahankan hak mereka dengan tegas.

“Bagaimana saya terus belajar untuk tabah dan air mata yang berhamburan melihat anak-anak Gaza masih meneruskan pendidikan mereka dalam kemusnahan yang total.

“Semangat para pendidik mereka sangat luar biasa. Nyala rasa mereka sebagai benteng ilmu dan membina semula generasi Palestin yang lebih kuat ternyata sangat mengharukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI