fbpx

Kapal persiar bawa masuk 1.5 juta pelancong tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RAUF menyampaikan cenderamata kepada Anthony pada Majlis Perasmian 1st Melaka International Maritime Economy Conference di Melaka. Foto AMRAN MULUP/ KOSMO!

MELAKA – Kerajaan komited untuk mengukuhkan ekonomi maritim terutama menerusi aktiviti pelancongan dalam industri pelayaran memandangkan Selat Melaka kini menjadi laluan utama kapal persiar dari seluruh dunia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pada tahun lalu Malaysia merekodkan peningkatan jumlah kemasukan pelancong sebanyak 85 peratus berbanding 2019 apabila sejumlah 1.5 juta pelancong telah dibawa masuk menerusi lebih 1,000 pelayaran kapal pesiar.

Menurutnya, setiap tahun lebih 90,000 kapal telah melalui Selat Melaka untuk membawa pelbagai barangan dagangan dunia termasuklah minyak dan gas.

“Di peringkat kebangsaan, Malaysia telah menetapkan matlamat untuk ekonomi maritim kita dipandu oleh Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030 dan kini kita bekerja untuk memodenkan pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan di Pulau Pinang.

“Selain itu adalah bagi meningkatkan logistik serta mengutamakan amalan lestari dari teknologi hijau ke digitalisasi. Jadi, melalui MIMEC 2024 ini, kita mengukuhkan komitmen untuk menjaga Malaysia di tengah-tengah rantaian bekalan serantau dan global,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian 1st Melaka International Maritime Economy Conference yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Anthony berkata, beliau yakin dialog yang diadakan itu akan membawa kepada penemuan, inovasi dan penyelesaian praktikal bukan sahaja untuk Malaysia tetapi kepada komuniti maritim di rantau ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI