fbpx

Terkejut jumpa mayat rakan kuliah di bilik asrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KEMAMAN – Seorang pelajar sebuah kolej swasta yang baru pulang terkejut menemui rakan sekuliahnya dalam keadaan sudah tidak bernyawa di dalam bilik asrama ke asrama sebuah kolej swasta di Chukai, di sini hari ini.

Pelajar berkenaan menjumpai mayat rakan lelakinya berusia 20 tahun yang berasal dari Selangor itu pada pukul 5.41 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pelajar itu kemudiannya memanggil rakan-rakan lain untuk memohon bantuan.

“Siasatan awal percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, berdasarkan semakan rekod kesihatan, mangsa tidak memiliki sebarang penyakit sebelum ini.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI