fbpx

Didenda RM2,500 sebabkan kematian lelaki warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nuridah didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan bunuh tanpa niat terhadap seorang warga emas di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya, minggu lalu. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Seorang wanita didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki warga emas bulan lalu.

Tertuduh, Siti Nuridah Jumli, 24, juga berdepan hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas wanita tersebut membuat pengakuan bersalah bagi pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama seorang yang masih bebas telah menyebabkan kematian kepada Abd. Kamar Mat Sarin, 64.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di hadapan pintu masuk sebuah pasar raya di Klebang, dalam daerah Kinta antara pukul 4.20 hingga 5.30 petang, 25 Oktober 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nuranisah Ismah Muhammad Husaini memohon tertuduh dikenakan hukuman berat bagi kesalahan yang dilakukannya namun Robert Gnanarajan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar wanita yang masih belum berkahwin itu dikenakan denda minimum atas alasan bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan bulanan RM3,000. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI