fbpx

EPL: Chelsea dakwa pengadil berat sebelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi Chelsea menentang Manchester United di Stadium Old Trafford berlangsung dalam keadaan sedikit 'tegang' awal pagi tadi.

MANCHESTER – Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui beberapa keputusan pengadil wajar dipertikai selepas menyaksikan pasukannya seri 1-1 menentang Manchester United di Old Trafford awal pagi semalam.

Menurut Maresca, The Red Devils sepatutnya beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Lisandro Martinez melakukan terjahan keras ke atas pemain sensasinya, Cole Palmer pada penghujung saingan.

“Saya rasa situasi terjadi cukup jelas dan pengadil membuat keputusan yang pelik. Dia (Palmer) mengalami kesakitan di bilik persalinan selepas wisel penamat dan harap tiada kecederaan serius.

“Martinez telah melakukan terjahan yang keras walaupun didakwa tidak ada niat untuk mencederakan lawan. Namun, kekasaran tersebut layak untuk mendapatkan kad merah,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Maresca gembira dengan prestasi pemain tengah, Moises Caicedo yang berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk memastikan pasukan meraih satu mata berharga.

Caicedo melakukan rembatan voli menarik pada minit ke-74 untuk memadam jaringan United yang diperoleh menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes empat minit sebelum itu.

“Sebelum ini ramai mengkritik prestasi Caicedo yang dilihat tidak berbaloi dengan harga dibayar oleh pasukan. Namun, sejak saya membimbing pasukan, dia menjadi pemain yang menunjukkan peningkatan paling ketara.

“Bukan mudah untuk mana-mana pemain menyesuaikan diri selepas berhijrah terutama apabila menyertai Chelsea. Namun, kita boleh lihat Caicedo kini berada pada prestasi terbaik sama seperti ditampilkan ketika mewakili Brighton (bekas kelab),” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI