fbpx

Bekas Ketua Polis Perak peguam baharu wakili DSP Nazri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perbicaraan Mohd. Nazri ditangguh esok selepas tertuduh melantik peguam baharu hari. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Perbicaraan kes bunuh pelajar lelaki tingkatan lima dihadapi pegawai kanan polis yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh esok selepas tertuduh melantik peguam baharu.

Antara yang dilantik mewakili Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak, 45, ialah bekas Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Mior Faridalathrash menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Perak pada November 2020 sebelum bersara wajib pada Ogos 2022 dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada 31 Mac 2023.

Selain beliau, tertuduh turut diwakili peguam M. Athimulan dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.

Terdahulu, dalam prosiding di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, Athimulan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya baharu dilantik dan memohon prosiding pada hari ini dilapangkan.

“Kami baharu mengambil alih kes ini pagi tadi dan telah diberikan 30 penyataan saksi dan sejumlah dokumen serta dokumen tambahan yang mana ia perlu disemak dan diteliti terlebih dahulu.

“Oleh itu, kami minta agar perbicaraan pada hari ini dilapangkan dan ditangguh esok,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memberitahu mahkamah bahawa pihaknya juga baharu dimaklumkan berkaitan perkara itu dan tiada bantahan terhadap permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan.

Bhupindar Singh kemudian membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk perbicaraan ditangguhkan dan disambung semula esok.

Selain Afzainizam, pihak pendakwaan turut diwakili Nasrul Hadi Abdul Ghani, V. Suloshani dan Low Qin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI