fbpx

Pemuda dikhuatiri lemas, bot terbalik ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba ketika melakukan SAR mencari seorang pemuda yang disyaki lemas ketika mancing di Sungai Sedili Besar, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas botnya terbalik ketika memancing di Sungai Sedili Besar, di sini semalam.

Difahamkan mangsa Mohamad Azree Zairi, 25 dari Kampung Sayang, Tanjung Sedili bersendirian ketika kejadian berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat kota Tinggi Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB ) Shawaluddin Ami Nordin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada pukul 2.43 petang.

Katanya terdapat penduduk yang ternampak beberapa peralatan serta bot terapung dan mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut.

“Mangsa dilaporkan terjatuh selepas botnya terbalik. Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan melibatkan pihak bomba bersama-sama pihak Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung sejak semalam.

“Sehingga kini, operasi masih giat dijalankan. Pencarian melibatkan pelbagai agensi dengan menggunakan tiga buah bot yang melakukan rondaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya operasi akan diteruskan sehingga mangsa dijumpai, dengan kerjasama dan sokongan komuniti setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI