fbpx

Perkenalkan Ayam Carik Ayam Brand – enak, mudah & sedia dimakan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandwic Ayam Carik, pilihan makanan sihat lagi menyelerakan kini mudah disediakan dengan Ayam Carik Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand.

AYAM BRAND, jenama terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin seperti sardin, mackerel, tuna, dan saba memperkenalkan Ayam Carik Mayones dan Ayam Carik Cili Pedas yang membawa keenakan, kemudahan dan manfaat kesihatan protein tinggi dalam ayam carik berjus – semudah membuka sebuah tin!

Produk inovasi baharu ini mengekalkan komitmen jenama Ayam Brand dengan warisan 132 tahun terhadap makanan yang bebas bahan pengawet, lazat, dan mudah disediakan.

Sebelum ini, untuk menyediakan ayam carik, tukang masak perlu melalui pelbagai langkah rumit.

Bermula dengan membeli ayam segar di pasar, kemudian membersih, memotong, memerap, dan memasaknya hingga sempurna sebelum dicarik satu persatu. Seluruh proses ini boleh mengambil masa sehingga dua hingga tiga jam.

Namun dengan Ayam Carik dari Ayam Brand, semuanya menjadi lebih mudah, selari dengan keperluan masyarakat hari ini yang tidak mempunyai masa banyak untuk penyediaan makanan serta mahukan pilihan makanan enak yang mudah dan cepat disediakan.

Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand dan Ayam Carik Mayones Ayam Brand dimasak rapi bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia.

Sebab-sebab anda memerlukan Ayam Carik Ayam Brand

Ayam dalam tin dan rakyat Malaysia ialah satu padanan yang sempurna. Tahukah anda bahawa pada tahun 2023, penduduk di negara ini memakan anggaran 50 kilogram ayam setiap orang, menjadikan kita antara pengguna ayam tertinggi di seluruh dunia?

Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand dan Ayam Carik Mayones Ayam Brand disediakan teliti agar bersesuaian dengan cita rasa Malaysia.

Pengguna hanya perlu tarik tab tin untuk menikmati ayam carik yang dimasak rapi dan lazat, dengan kualiti konsisten yang boleh dimakan terus daripada tin atau ditambah pada pelbagai resipi.

Ia juga merupakan pilihan sihat kerana kaya dengan protein, rendah kandungan gula dan tidak mempunyai bahan pengawet, menjadikannya ideal untuk memenuhi perjalanan kecergasan anda.

Jika tidak dibuka, ia boleh disimpan pada suhu bilik selama dua tahun. Jika telah dibuka, simpan kandungan ayam carik itu ke dalam bekas plastik dan letakkannya dalam peti sejuk. Pastikan anda menghabiskannya dalam masa tiga hari.

Produk ini turut menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menjadikannya selamat dan sesuai dinikmati oleh segenap pengguna. Pada harga RM7.70 setiap tin, ia juga menyediakan nilai yang berbaloi!

Pelanggan Ayam Brand berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk Perodua Ativa 1.0L Turbo.

Peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand

Satu lagi sebab untuk mendapatkan Ayam Carik Ayam Brand dan menjadi sebahagian daripada keterujaan ‘Ayam ada Ayam’ yang sedang melanda media sosial adalah peraduan Beli & Menang Kaw-Kaw Ayam Brand yang berlangsung di seluruh negara dari 1 Oktober hingga 30 November ini.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik berjumlah sehingga RM220,000 yang  ditawarkan termasuk sebuah Perodua Ativa 1.0L Turbo X , produk Dyson dan pelbagai ganjaran lain.

Orang ramai hanya perlu membuat pembelian sebarang produk Ayam Brand bernilai RM20 atau lebih dalam satu resit, dan hantar resit tersebut menerusi aplikasi WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ayambrand.com.my/belidanmenangkawkaw.

Terdapat pelbagai kemungkinan untuk menjadikan Ayam Carik Ayam Brand sebagai sebahagian daripada gaya hidup sajian harian. Jika anda memerlukan lebih banyak ilham, cubalah resipi di bawah!

Sandwic Ayam Carik

Ubah Ayam Carik Mayones Ayam Brand kepada sandwic yang enak bagi sajian on-the-go yang ringkas, mudah disediakan dan sebagai snek yang kaya dengan protein dan serat.

Anda memerlukan satu tin Ayam Carik Mayones Ayam Brand, empat keping roti bijirin penuh, segenggam timun Jepun yang telah dihiris memanjang, lobak merah dan kubis ungu yang dihiris halus serta daun salad.

Sebagai persediaan, letakkan sehelai kertas lilin atau parchment di atas piring. Walaupun langkah ini hanya sekadar pilihan, ia mampu menjimatkan masa mengemas dan memotong sandwic nanti.

Letakkan sekeping roti di atas kertas tersebut dan diikuti sehelai daun salad serta Ayam Carik Moyones Ayam Brand di atasnya.

Ratakan inti sebelum menambah hirisan lobak merah dan kemudian, tambahkan selapis Ayam Carik Mayones Ayam Brand, diikuti kubis ungu dan timun yang dihiris.

Letakkan sehelai daun salad dan lengkapkan sandwic dengan sekeping lagi roti bijirin penuh. Balut sandwic sihat ini dengan kertas lilin tadi. Sebelum dihidangkan, potong sandwic kepada dua secara pepenjuru. Semoga anda gembira menyediakan dan menikmati sandwic sihat ini.

Waktu penyediaan: 10 minit

Tempoh memasak: 0

Saiz hidangan: 2 hingga 4 orang

Paf Piza Ayam antara hidangan yang sesuai dicuba.

Paf Piza Ayam 

Sediakan paf piza ayam dalam masa 30 minit! Sajian ini ideal sebagai snek makan petang atau ketika menonton sukan kegemaran, mahupun sebagai hidangan makan malam yang ringan!

Anda perlukan satu tin Ayam Carik Mayones Ayam Brand dan satu tin Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand, satu cawan keju cheddar parut, 20 biji tomato ceri yang dihiris, minyak zaitun dan satu pek pastri segera.

Potong pastri kepada segi empat 5 cm x 5 cm – cuba dapatkan 40 kotak. Ratakan dua sudu teh Ayam Carik Mayones Ayam Brand pada separuh daripada segi empat tersebut dan dua sudu teh Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand di separuh lagi.

Tuangkan sedikit minyak zaitun pada setiap kotak, kemudian taburkan keju yang telah diparut dan hiaskan dengan tomato ceri yang dihiris. Masukkan pastri ke dalam oven panas pada suhu 200 darjah Celsius selama 15 minit atau sehingga ia menjadi kembung dan berwarna keemasan serta keju cair.

Waktu penyediaan: 5 minit

Tempoh memasak: 30 minit

Bilangan hidangan:  40 biji paf

Dapatkan Ayam Carik Mayones Ayam Brand dan Ayam Carik Cili Pedas Ayam Brand dari Jaya Grocer, Aeon, Aeon Big, Econsave, Mydin, Village Grocer, Ben’s Independent Grocer, Checkers, TF Value atau layari laman rasmi Ayam Brand di Shopee dan Lazada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI