fbpx

‘Jawab dengan Allah’ – Idzham Ismail sah cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMELUT rumah tangga Idzham berakhir apabila sah bercerai dengan Nur Abilah hari ini.

PETALING JAYA – Empat bulan berdepan kemelut rumah tangga, pelakon Idzham Ismail mengesahkan perkahwinannya dengan bekas isteri, Nur Abilah Shamsudin berakhir hari ini selepas Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan perceraian antara mereka.

Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, berkata, keputusan tersebut adalah muktamad selain tidak mungkin berlaku proses rujuk.

“Salam, mahkamah putuskan kami sah bercerai.

“Tidak akan dirujuk,” tulisnya dalam kenyataan ringkas menerusi Instagram Story.

Percaya ketentuan Ilhi, pelakon drama Juvana itu turut menitipkan pesanan dengan menekankan bahawa segala perbuatan perlu dijawab kepada Allah.

“Pesan saya, Allah ada, jawab dengan Allah untuk segalanya yang dibuat,” katanya.

Terdahulu, pelakon Tarik Aku ke Syurga itu pernah memuat naik status yang memberi bayangan wujud konflik dalam rumah tangganya.

Susulan itu, ramai menebak perkahwinan yang dibina dengan kru kabin, Nur Abilah sedang bergolak.

HibGlam sebelum ini pernah melaporkan pelakon terbabit mengakui sudah tiada lagi persefahaman yang membawa mereka ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, 10 Oktober lalu.

Terdahulu, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI