fbpx

Kami datang bukan nak dengar bunyi makan kuaci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di Tiktok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan segelintir pengunjung yang membawa makanan luar ke dalam panggung wayang.

Menurut video yang dimuat naik di TikTok, insiden tersebut menyebabkan pengalamannya menonton filem terganggu oleh bunyi makanan yang dibawa oleh pengunjung berkenaan.

“Mereka buka kuaci. Bunyi dari bungkusan pun sudah ada, apatah lagi semasa mengunyah kuaci. Bunyi kulit kuaci sangat mengganggu. Saya sudah bayar, jadi terpaksalah tonton sampai habis,” katanya dalam video tersebut.

Selain itu, video itu menunjukkan kulit kuaci berkenaan dibuang terus ke lantai menyebabkan kawasan sekitar menjadi kotor dan mencemarkan suasana dalam panggung.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam tindakan tersebut.

“Saya tidak tahan dengan orang yang makan kuaci dalam wayang. Bunyi itu boleh mengundang marah,” ujar Oyenn.

“Agak-agaklah, bising bunyi makan kuaci,” kata seorang lagi pengguna, Tomato.

Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa.

“Saya pernah lalui. Bau kuaci memenuhi satu dewan, jadi saya keluar dan gunakan telefon di luar untuk menghubungi pihak pengurusan supaya mereka menegur,” kata Amelia H.

“Pernah alami situasi ini! Susah betul nak pastikan dewan bersih sebelum waktu persembahan. Sebabnya, kulit kuaci bersepah! Memang boleh naik marah,” tambah Luvyuhanees. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI