fbpx

Lelaki hilang dipercayai terjatuh dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

BATU PAHAT – Seorang lelaki dilaporkan hilang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Simpang Kanan selepas kenderaan digunakannya ditemui di tepi jalan atas Jambatan Bindu di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kereta digunakan Lim Yu Feng, 27, ditemui atas jambatan Bindu dengan semua dokumen diri serta telefon bimbitnya ditinggalkan dalam kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut oleh ahli keluarga lelaki berkenaan turut menemui sepasang selipar diletakkan diatas jambatan tidak jauh daripada kenderaan berkenaan.

“Pemeriksaan serta pertanyaan kepada ahli keluarga yang lain turut gagal menemui atau memastikan keberadaan lelaki berkenaan menyebabkan wanita itu mengesyaki bahawa anak saudaranya telah terjatuh atas jambatan berkenaan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilaksanakan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sehingga pukul 6 petang semalam, namun gagal menemui lelaki berkenaan.

Ujarnya, sehingga kini siasatan awal polis masih belum mengesahkan sama ada lelaki berkenaan telah terjatuh ke dalam Sungai Simpang Kanan kerana belum ditemui mana-mana saksi yang melihat atau boleh mengesahkan kejadian tersebut.

“Bagaimanapun polis akan meneruskan SAR di Sungai Simpang Kanan disamping menjalankan siasatan mengikut Kes Orang Hilang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI